Table top sinki dapur basah 10 kaki, bentuk L shape di perumahan awam, sri perak, bandar baru sentul, KL S2

Meja dapur basah untuk sinki, ukuran panjang lebih kurang 10 kali, bentuk L shape, jubin 2×2ft (60×60cm), warna hitam. Macam biasa bawah meja ade naik 2 inci untuk tapak kabinet. Kabinet saya tak buat, selalunya kabinet dari kilang datang ukur dan buat, dan saya menggunakan jubi 1×1 untuk bawah kabinet dan selalunya saya letak jubin yang agak kesat sikit dan warna pun agak gelap. Nantinya kalau ade kabinet tak nampak juga jubin yang kat bawah kabinet.
Silahkan luangkan masa untuk tengok gambar-gambar hasil kerja saya di bawah...
Gambar no 1 keadaan asal. kat sini tak banyak perubahan saya hanya membuat table top sinki dan buat tiles kat dinding 2 kaki dari dari meja. 
Dan gambar seterusnya membuat rangka untuk tapak buat konkrik. post sekarang tak ade gambar masa buat kerangka. mungkin boleh tengok kat posting table top saya yang sebelumnya atau selepas post ni akan ade post tabletop mungkin agak lemgkap sikit dari rangka sampai ke alat-alat yang lain. gambar seterusnya...
Gambar no 1 2 3 4 lebih kurang sama. yang ni sepepas konkrit dan rangka pun dah buka dan teruskan gambar berikutnya...
Gambar pemasangan kaki table top sinki. macam biasa untuk kaki saya menggunakan konkrik juga dan saya buat asingkan konkrik kaki untuk kelancaran membina konkrit meja. saya memang menggunakan kaki di buat dari konkri untuk samakan ketebalan kaki dan meja. lebih kurang ketebalan konkrit 50cm meja dan kaki dan nantinya selepas siap pasang jubin tebal meja lebih kurang 70cm dan kaki 80cm. sebelumnya untuk kaki saya ikat batu tapi ikat berdiri selepas siap pasang jubin ketebalan kaki jadi 11cm/12cm. nampak macam kaki gajah sedangkan meja hanya 70/80cm. gambar berikutnya...
Gambar no 1 2 pengukuran jubin untuk pemotongan sesuai lubang sinki
Untuk gambar yang ni saya terangkan sedikit untuk pengetahuan hasil kerja saya yang sangat menjaga kuality kekuatan jubin skirting banyak kes selalu tertanggal. 
Gambar no 1. saya menggunakan benda ni untuk memberikan pegangan kat jubin lebih kuat kira-kira gitu lah ceritanya.
Gambar no 2. selepas benda yang tadi saya sapukan simen gam yang di campur bond (susu). 
Gambar no 3. letak simen untuk selaraskan ketebalan. untuk simen ni saya gunakan simen biasa campur simen gam dan bond sebagai air
Gambar yang ni dah hampir siap
Paiping
Gambar yang ni sudah siap hanya belum clear sampah-sampah yang ade. 
Gambar-gambar di atas hanya menunjukkan hasih kerja dan ia bukan tutorial lengkap pembuatan table top (meja dapur) 
Untuk sebut harga atau tuan/puan nak buat bajet awal pembuatan table top dan pemasangan jubin (tiles) hubungi/whatsapp 0182328055 khaidir. 

Comments