MEMBAIKI SALURAN PAIP BOCOR/PECAH ATAS/DALAM SILING DI SEPUTIH KUALA LUMPUR

Costumer call katanya kat bilik air ada keluar air kat siling mengalir kat dinding. Saya pun bergegas ke rumah costumer. Sampai rumah dia kat seputeh disambut dengan anjing menggonggong. Bibik tu keluar terus masukkan anjing tu dalam rumah. Saya pun terus masuk dan check kat bilik air. Betul ada air mengalir kat dinding melalui belakang cermin basin berpunca dari atas siling. Saya pun naik atas siling untuk check. Setelah saya check ada 1 paip pvc pecah
saya snap keadaan paip yang pecah dan tunjuk owner. Owner suruh cepat buat

kerja repair paip dah pun siap. 
Paip sebegini pecah berpunca dari pam air. Bila kita bukak kepala paip kat bilik air. Paip yang ade atas siling bergerak² disebabkak tekanan air tinggi. Jalan penyelesaian adalah. Ikat semua paip selepas tangki air. Kerja ni kena 2 orang. Yang sorang dok kat bilik air dan sorang lagi dok atas siling. Buka dan tutup air kat bilik air. Orang yang kat atas siling pastikan bila air kat bilik air di buka dan tutup paip kat atas siling tak bergerak. Bila ada paip yang gerak² ikat dengan pengikat apapun.  01126145704 wafa

Comments